Selasa, 11 Oktober 2011

:) Maklumlah




Maklumlah saya seorang perempuan :

Cepat betul mengatakan perkataan "lepaskan saya" semasa marah .
Cepat betul beremosi semasa pertelingkahan .
Cepat betul buat keputusan semasa rasa diri tak dihargai

Maklumlah saya seorang perempuan :

Pergi mana-mana pun mesti akan ada orang yang risik-risik tanya
Pergi mana-mana pun masih tak jumpa pengganti dia..
Pergi mana-mana pun teringat memori dengan si dia..

Maklumlah saya seorang perempuan :

Berlakon bahagia tanpa si dia
Berlakon kuat selepas kehilangan dia
Berlakon seperti hidup dalam keadaan baik-baik saja..


tetapi..

Disebabkan aku perempuan yang berfikiran begitu :

Aku hilang sesuatu yang susah payah untuk aku pertahankan.
Aku hilang rasa minat pada lelaki sekeliling aku kecuali DIA.
Aku hilang rasa nak bercinta dengan sesiapa selain DIA.


Disebabkan aku perempuan yang berfikiran begitu :

Aku berhenti berhubung dengan dia
Aku berhenti mengharap pada dia
Aku berhenti memberi kebahagiaan pada diri aku


Aku lupa.. Aku sakit semasa bersama dia..
Tapi..Aku lebih sakit semasa Ketiadaan dia..


Aku seorang perempuan . Mencintai seorang lelaki adalah lumrah hidup seorang perempuan . Aku tak memaksa diri aku mencintai dia. Semua tu datang dengan sendiri . Tapi kenapa sekarang aku memaksa diri aku melupakan dia ? Melupakan dia adalah lebih sakit rasanya dari ditinggalkan dia . Dia mungkin tak menjaga aku dengan baik selama kami bersama . Tapi.. Hidup aku lebih kejam melayan aku ..Perasaan aku lebih hina mengherdik jiwa aku semasa dia dah tiada.. Aku lebih sakit semasa hilamg dia daripada semasa bersama dia ..



4 ulasan:

  1. Be strong girl..
    Kamu masih ada family yg menyayangi,,kamu tak pernah kurang kasih syg.. Forget about the past..Mybe Allah nak bg kamu something yg more better than before..Let gone be by gone.. :)

    BalasPadam
  2. be strong k...
    anyway, nice entri....

    BalasPadam