Isnin, 12 November 2012

Kehidupan


Memandang langit yang biru, aku mulai sedar sesuatu yang aku rasai . Hanya tuhan yang mampu menafsirkan setiap detak jantung aku yang berdegut perlahan . Mereka, membesarkan empayar yang penuh dengan konspirasi . Dimana mereka mencari ruang untuk hinggap disetiap jiwa2 disekeliling aku dan menyemai benih kebencian terhadap diri aku . Semakin hari, benih itu semakin menumbuh dan berbicara dengan keangkuhan .Aku seakan dapat merasa betapa kejinya semua ini . Dimana banyak hati yang dikotori oleh manusia iblis yang memecah belahkan sekalian umat . Aku melihat segalanya berjalan perlahan .Hari demi hari, dia tidak berputus asa . Aku kenal persis siapa dia . Aku tau sikapnya . Aku megerti dendamnya .. sungguh aku tahu apa yang hendak ditunjukkannya . Perbezaan kini jelas ternyata . Aku lihat banyak kawan menjadi lawan . Aku lihat banyak teman menjadi musuh . Aku dapat rasakan satu demi satu pergi . Hanya kerana onar dan buah mulut  mereka yang berjiwa kotor dan dendam . Apalah erti kemaafan dengan tangis jika mereka tidak maksudkannya ? masih mencari setiap cela dan salahku untuk dipamerkan dan diaibkan . Aku kenal persis mereka. Lupakah mereka yang mereka datang dari golongan aku ? pernah bermain, pernah menangis, pernah ketawa denganku dulu? aku kenal semua manusia itu . kenal benar .

Tapi ada sesuatu yang mereka terlepas pandang . sungguh .Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya . Aku ? kalau hendak aku balas semua itu, sudah melepasi paras sangat boleh . Tapi kenapa tidak? kerana aku tidak mahu manjadi golongan mereka. Menyebarkan virus kebencian hanya untuk melihat hidup seseorang yang kita benci merana . Apa yang dapat aku perolehi dari memburukkan mereka? mereka lupa, jika mereka tau semua perilaku buruk aku..aku juga tahu setiap inci perilaku buruk mereka.. kita pernah satu landasan kawan :) .Tapi beza kau dan aku, kau menggunakan itu semua untuk mengaibkan aku.. dan aku menggunakan itu semua untuk hanya disimpan didalam memori aku .Semakin ramai kau tarik untuk membenci aku, semakin ramai kawan aku . Manusia tak bodoh untuk menilai . Siapa kau kawan itu, seharusnya kau lebih berhati2..apa yang pernah aku beritahu semua itu benar . Dan dia? si pemanipulasi cerita telah memutarbelitkan segala fakta untuk nampak suci . Kau perlu sangat berhati2. macamana aku pernah kena.. kau satu hari pasti akan kena dengan dia.. hanpir semua makhluk datas muka bumi ini , dia benci . Termasuk keluarganya pun dia pernah burukkan ..kau harus sedar kawan . oh, aku lupa.. kau bukan lagi kawan aku . orang2 macam kau la yang paling tak layak bergelar kawan. Aku tidak gemar berkawan dengan orang yang tidak tahu mengenang budi . banyak berharaplah semoga tidak ditikam sebagaimana yang aku hadapi :)