Dugaan yang maha hebat yang aku tempuhi sekarang memang aku sendiri tabik pada diri aku sebab tabah . Aku masih pelik. Dan aku rasa xpasti dengan diri sendiri . Apa salahnya aku sampai aku kena lalui semua benda ni. I really2 feel insecure . aku rase mane aku pergi atas muka bumi ni..ade je yang akan memandang. yang akan mengherdik. yang akan mengata . Aku da mula rasa rimas dengan orang sekeliling aku . Ya tuhan... ;'(
Aku mungkin nakal dulu,mungkin aku hidup dengan cara aku yang perhaps tak sama dengan cara hidup orang lain tapi siapa mereka untuk menghakimi aku ? Mereka bukan tuhan untuk menghukum aku masuk neraka didunia! Ya. aku mengaku . dulu aku lain. dulu aku hidup bergelumang lumpur . Aku abaikan keluarga aku. Aku malukan diorang . Aku tak pernah sebut nama keluarga aku dalam doa aku . Aku lebih pentingkan kehidupan aku sendiri . Aku sedar mana asal aku . Aku tau kalau kawan-kawan aku dulu pandang aku,diorang akan gelak ! sebab dulu, aku yang bawak diorang jadi macamtu. Aku selalu cakap " buat apa nak jadi baik kalau jadi baik asyik kena pijak? " aku selalu cakap. Biar orang nak cakap asalkan kita tau siapa kita !Aku selalu rasa orang baik tu semua HIPOKRIT ! Tapi apa? apa aku sedang buat ?
Setahun lepas.aku mula nampak setan dalam diri aku. Aku mulai sedar aku gagap baca QURAN ! aku sedar aku da jauh dengan tuhan . Aku sedar aku lupa doa QUNUT . aku nampak aku da xserupa islam . Aku hidup macam kafir !Aku malu nak mengaku diri aku ni islam sedangkan aku ni berperangai mengalahkan setan! aku rasa diri aku ni xlayak dipanggil manusia. Kalau aku benci orang tu,kalau aku rase nak pijak,aku pijak sampai orang tu xde muka depan aku. Kalau aku rasa orang tu boleh masuk..aku bawak dia sampai dia jadi macam aku .Sebab dulu ramai ikut,aku mula rasa riak ! takbur dengan hidup aku! rasa bangga dengan dosa. rasa suka jadi budak rosak akhlak ! Aku ni apa ?manusia ke? sekadar nama atas IC berbinti . Sekadar hiasan je ke ISLAM tu dalam kad tu ? kenapa aku tiba2 ternampak setan ? sebab aku nak berubah . aku nak jadi manusia yang baik.
Dan kenapa tiba2 aku pakai tudung ? sedangkan dulu mak aku da siap menyumpah seranah sebab aku XNAK langsung pakai tudung?Aku cakap orang pakai tudung ni masa zaman 'kekanda adinda" Kenapa aku sekarang xbergaduh lagi ?Kenapa aku sekarang mula dengar cakap mak bapak aku? kenapa aku sambung belajar? kenapa aku tak join kawan2 aku mendadah? kenapa aku da xde kawan bohsia?
Kenapa aku sekarang dah xmelenting bila orang duk kutuk-kutuk aku ? kenapa aku tak layan da orang nak cakap-cakap pasal aku ? kenapa ? sebab aku nak berubah . FAHAM X ? nak berubah !
Tapi apa aku dapat setakat aku berubah ni ? Kutukan . Hinaan . Cacian . Segala yang buruk2 dapat kat aku !Orang cakap aku ni apa ? semua aku dengar. Aku buat apa ? Aku senyap . Aku senyum . Dah banyak sangat2 ! tapi aku sabar.. aku senyap..aku tak rasa aku perlu buat apa2..sebab aku dah malas nak bergaduh sana sini . Aku dah xnk buat family aku malu . Aku dah xnak mak bapak aku dengar lagi pasal anak permpuan dia yang bongsu ni. Aku dah xlarat nak tengok mak aku menangis . Aku dah cukup sebak. Cukup2 sebak !. Tapi aku cuma manusia.
manusia ada tahap kesabaran. aku dah sampai tahap aku mula rasa semua ni sia-sia. Aku mula rasa.. seseorang yang jahat tu..kalau sekali dia pernah jahat,sampai bila2 pun orang akan cop dia jahat. walaupun dia dah berubah . Aku rasa aku dah penat ! aku muak dengar pasal diri aku . Aku mula rasa aku ni anak xguna. kawan xguna . aku mula rasa aku hamba ALLAH yang xguna . Aku jadi apa pun xlayak. Aku rasa malu dengan family aku . Aku malu dengan kawan2 aku . Aku malu dengan Tuhan . Malu dengan diri sendiri . Aku rasa aku cuma boleh buat family aku malu dengan diri aku. xpernah dapat membanggakan diorang . harapan aku nak jadi orang baik pun aku da rasa sia-sia . Tuhan nak uji aku ? ya..aku cuba tabah. Tapi aku da rasa cam aku xkuat . Aku xpasti dengan diri aku skg..aku rasa dah xde tangan yang ikhlas nk tolong aku .. aku rasa sekarang ni aku sendiri je .
Ya tuhan..kalau la family aku tau apa yang orang duk bercerita tentang aku ni . yang aku dengar ni. aku tak tahu la betapa hancurnya hati mak aku.. abah.. akak. hmm..aku rasa macam nak quit belajar je skg . kenapa la aku yang kena tanggung semua ni. Aku rasa kalau family aku tau,mesti diorang sebak. dan alasan nya sama . sebab anak dia yang bongsu ni memalukan dia.. aku da xnak tengok mak aku nangis pasal aku.. ya ALLAH.........
nina, sabarlah..tuhan tu adil..
BalasPadammasa tuhan turunkan nikmat Dia,apa kau rasa?? sedap..manis..bahagia..seronok..happy..kenyang..selesa..
apa contoh nikmat Dia?
kekasih yang bagus,masa seronok dengan kawan2,udara,makanan,air,kaki,mak bapak,lahir dari hasil yg halal,result exam yg bagus, tangan,hidung,muka yg cantik,dipandang kagum oleh kawan sebab kau cantik n etc..tu nikmat kan??
tp sesekali Dia turunkan ujian kat kau..takkan kau dah rasa nak melingkup??
ingt na...Dia tarik cuma sikit je..mungkin kali ni dia tarik boyfriend yang bagus, tapi kau masih ada kaki, tangan,mak bapak,hidung, cantik, kawan yang menerima..Dia tak tarik semua kan??
so, personally, aku rasa kau cuma down sebab org duk ngata kau sana sini..tp, biarkan dorang ngata kau sbb kau berubah ke hape..tu sume tak sia2 weyh..kat mata manusia kau hina, dicerca,tapi bila kau berubah ni, kat mata tuhan, kau dipandang..woih, dipandang pun dah ckup baik..bayangkan kalau kau tak dipandang langsung???? tak serupa setan ke tuh?? kau teruskan berubah..sabar jela..takkan kau nak herdik dorang sebab dorang herdik kau..apa beza kau dgn dorang lw gtu..aku tau hati kau bersih dowh..biarkan dorang judge kau mcm mana skalipun..kau wt keje kau je..mungkin nasihat ni nmpk cm klise, tapi aku ase aku cuba nak bantu kao..aku pun tau aku agk truk..tapi aku islam na..aku pun nak cuba berdakwah gak..aku cuba pd kau he..
BalasPadamInsyallah...kuatkan hati...walau ape pon cobaan yang datang k...jangan lupa solat..namapun manusia tak lepas dari lalai dan kesilapan...sama2 kita...=)..betol sume kata bella...ok...
BalasPadam