Rabu, 4 Januari 2012

Cerita 3 Sahabat

Photobucket

2007-SMK Sultan Abdul Jalil. 5MPV1 .
Sambil tutup tingkap,Aku nampak muka ayu tenang .'Takde cikgu' dalam hati aku terdetik . Sewaktu dak2 kelas yang lain sedang menuju ke surau untuk kelas agama. Aku, ayu dan malaain kawan baik aku tak bercadang langsung nak hadirkan diri .Ayu jalan malas. Duduk sambil menghadap aku . Mala pandang aku . SEPI-

'Persetan la budak2 tu,belajar agama,pakai tudung tapi maksiat-maksiat jugak' . Selalu aku tenangkan diri aku dengan ayat itu. Supaya tak lah aku nampak jahat sangat .

"kau asal semalam ?" aku pecahkan kesepian yang melanda setengah minit tadi.
"biase la si babi tu.. " ayu jawab malas. aku tau dia malas nak bercerita panjang tentang pakwe dia yang kaki pukul tu .Duduk dengan diorang ni hati aku rase tenang je . Walaupun semua dah rosak habis . Tapi aku tau kitorang sayang sesama sendiri macam adik beradik. Nak sound pun tak kan makan dalam . Cakap situ,habis situ .

"Cibai kan sophie tu,aku pelik ah .Kau pun Cam bangang da kena pukul bantai sayang-sayang lagi"

"dah sayang diana.. apa nak buat ? macam kau dengan FAIZ jugak. Dia perempuan sana sini kau sayang jugak" Ayu bidas tenang .Aku sentap .

"sayang lancau ! kalau die sayang kau die tak pukul kau tak . faiz xpena pukul aku la sial" aku bidas semula

ayu senyap . nyalakan rokok. Hulur pada aku. Aku geleng . Cam biase la.. aku memang xkan terpedaya dengan binatang rokok. Bapak busuk bau longkang . Tapi rokok dia wangi. SKL . Aku biar. Sebab aku nak class bau cherry .

"Semalam aku nampak faiz bawak cedok" ayu suara lagi.*cedok=bohsia .

Mala senyum . Aku pandang ,tapi xpulak terasa nak jawab apa2..so aku teruskan senyap. Pandang mata ayu dalam2..tunggu apa yang dia akan cakap lagi. Hati aku tenang . Dah terbiasa dengan cerita macamni.

"cedok sama. Aku rasa dia ada something la ngan cedok tu? "
"tak ah..buat sedap-sedap je tu ! " aku sampuk .Aku ketawa kecil .

"xpe la aku kena pukul diana..sebab aku kua ngan jantan .Memang salah aku. Kau ? Tak kena pukul fizikal ,tapi hati kau?"

"ala yu..dia ber-betina pun nanti dia balik kat aku jugak.." aku cuba berlagak tenang .

"sampai bila diana?" ayu senyum sinis. Mala masih sepikan diri .

Aku tak mampu cakap apa-apa..aku senyum "entahla yu.."

"kau nak tunggu dia berubah ? kau tengok dengan perangai dia yang makin berani bawak perempuan walaupun kau tau tu,nak ke dia berubah ? " mala mula bersuara .

"aku nak janji dia berubah 100% tak boleh. Tapi aku tau dia akan berubah . Manusia beb.aku pun bukan suci sangat..ade je wat slek ." aku jawab ,nada tak serious .

"berapa tahun lagi kau nak tunggu? 4 tahun? 5 tahun ? " ayu soal tegas .

"kau sedar x..kau dah berapa lama dengan dia ?" mala sampuk.
"kau rase dalam masa kau dengan dia,berapa kali kau happy? berapa kali kau nangis ?"

SEPI~

selalunya semua perbualan kita akan bersulam gelak tawa . Bahan membahan . Tapi haritu aku ingat lagi. Serious . Diorang betul2 pandang aku dengan pandangan seorang sahabat .

"ala..rileks la.aku boleh handle la..korang chill je k. aku kenal faiz..dia baik.."

"Sukahati la diana..tapi aku xnak tengok kau nangis lagi pasal dia. Kalau kau nak sangat kat dia,kau kena belajar sesuatu diana ."

ayu sedut rokok. Hembus~
aku masih tunggu ayat seterusnya dari dia.

 "Kau kena belajar jadi ego!"

Aku senyum . Aku yang ajar diorang 1 moto ! "EGO ITU PENTING". 

"ego memang penting yu. Tapi aku kalah dengan dia.." rasa nak menangis masa 2

"sebab tu la aku cakap.. kau kena belajar . Jangan pandai ajar kitorang je,kau sendiri praktikkan "


.............................................................................................................



Tiada ulasan:

Catat Ulasan