MOK MOK
Ternampak diri aku depan cermin buat aku rase macam nak terjun tingkat 12 wisma bunga je . Dah macam boboy maharajalawak kuasa 2 .Walaupun tidak segemuk bob kuman dan perempuan cun yang mengandung 9 bulan 10 hari,,namun aku terasa seperti Gila gemok dan tidak mampu mentafsirkan lagi betapa hancur hati melihat badan yang membesar dengan begitu kejam. Kalau la ada lelaki lalu-lalu tepi aku , aku pasti mereka akan mengherdik dalam hati " gemuknye minah ni " . Walaupun aku xdapat nak punch semua muka muka mereka yang memandang sinis,tapi aku hanya mampu menyumpah seranah dalam hati "macam kau hensem pulak nak cakap aku gemok" . Walaupun belum pasti mereka mengutuk,namun aku memang seorang yang berfikiran negatif,jadi nasib dialah kena kutuk dalam hati aku.Siapa suruh mereka lalu-lalu tepi aku semasa moral aku down dengan badan yang kian gebu.Selalu aku lihat gadis berbadan cantik,slim shady bak maria mercedes..makan dengan banyak . Dan kemudiannya badan dia tetap kurus sebegitu . Ah. dunia ini begitu zalim sekali ye anak-anak!
Aku mula naik i-so-shake-to-shape yang dibeli oleh abahku untuk emakku beberapa lama dulu. Namun entah la.. rasanya bukan semakin kurus..malah semakin menebal pulak badan aku yang sedia ada tebal ni . Usah la persoalkan berapa banyak yang aku makan. benda itu terlalu sensitif untuk aku jawab . Cukup lah sekadar aku memberitahu aku makan lebih kurang 4 kali sehari ,belum lagi termasuk jajan-jajan dan makanan sampingan :) . Aku bahagia sebegitu rupa .Seperti dunia ini sentiasa ungu dan biru..Aku pandang langit sangat cantik dan cerah . Matahari seolah-olah senyum kepadaku setiap kali aku makan dengan banyaknya. Wahh.. Jadi tidak hairan lah kalau aku gemuk . Ini semua salah makanan. Mereka terlalu menarik untuk aku ,Aku juga mula membeli jamu jamu untuk menguruskan badan namun segalanya kelihatan seperti tidak mampu melawan badan aku yang sudah gah melawan produk2 menguruskan badan . Oh tidak .
Salam,Saya nak tolong boleh?
BalasPadamLayari:
http://firdauzx.blogspot.com/