Bangun-bangun je harini terus terpandang siling putih yang selalu tak menarik tu . Setiap hari nampak benda yang same je. Hish kenapa la ada satu kaler je kat siling tu ? cat la pink ke hijau ke.Baru la semangat sikit nak bangun setiap pagi.Kedekut punye uniten!Duit rakyat amik..berbakti tak jugak ! <--duit rakyat katanya !
Dengan langkah terhuyung hayang as usual. Capai towel merah menyala yang sangat cun melecun aku tu ye anak anak..aku pun gerak mandi . Lepas mandi aku duk pk-pk . Apa aku nak buat hari ni la sey? Sha-sha pagi2 dah hilang dah ! pergi kuantan dengan abang syahir tercinta .Biase la orang ada BF . bahagia kann :) haha.aku tumpang bahagia tengok mereka2 tu.Walaupun aku xde bf..dengan erti kata lain XLAKU .. aku bahagia aku masih punya relationship yang kuat dengan laptop merah lawa aku dan internet broadband yang xhabis2 nak mintak aku bayar bill tu .
Aku pun online.sambil makan rambutan yang dibeli masa pasar sabtu .Sedap..manis..aku rase cam nak beli lagi sekaton! Hurm...sunyi rumah.Housemate lagi sorang balik kampung.Bila duduk sorang-sorang ni.apa lagi yang mampu aku buat ? Mesti la aku terfikir-fikir balik pasal nostalgia lama.
Kadang-kadang rase macam aku ni makhluk tuhan yang tak berotak pun ada. Kalau lah lembu tu..dah jatuh cinta.. buat anak ..pastu terus jumpa lembu lain..jatuh cinta lagi pun takde hal..ni kan pulak manusia. Kenapa la duk ingat-ingat lagi ? Kawan tu dah hidup hepihepi. Yang kau dah nak 4 bulan benda lama masih nak kenang2 ke ? Kesian setiap kali aku tengok cermin.
Nasib baik petang tu ade jugak aktiviti bersama abg jijie dan kawannya. Tengok 2 makhluk makan 1 bucket KFC sangat la awesome ye anak-anak...
Malam tu pulak...aku kuar dengan sorang kenalan baru aku..emmm..aku pun xtau cane aku ley kenal die. Tapi yang aku tau..aku panggil die safee sali. Sebab die cam safee . Haha..suka hati aku la kan nak bagi nama orang tu apa.Aku kan memang paling terer kasi orang nama pelik2. Aku bukan tahu sangat pun nama dia. Lau dia bgtau nama dia sejuta kali pun..aku tetap akan panggil dia safee sali :)
Ada jugak la pelepas tensi aku daripada aku duk pk benda yang tak patut . Cam menanti vespa kuning turun dari langit.. bek la aku melayan kekawan aku yang kepala pun tak berapa nak center.Sama je cam aku . Tapi aku ok sket aa..diorang parah lagi!
Bila ngah tensi-tensi gini..tetibe phone bunyik .."BOSS" means my abah call. Tanya kenapa? Abah cakap..saje..tanye khabar kau. Sumpah hati ni rase macam nk gugur. Perasaan berbaur-baur. Mata ni tahan je airmata ! suara cover sedih dengan abah . Rindunya..seorang abah yang sangat penyayang call aku sebab rindu! Aku ni anak jenis apa la..duk pk pk pasal laki yang langsung xfikirkan kau..tapi abah kau yang rindukan kau..kau xingat pun. Sampai abah tu kena call kau sendiri baru nak sedar ke ?Ya tuhan....berkati abahku ..