Khamis, 3 November 2011

No matter


Aku ada banyak disorder au..aku rasa aku ada banyak penyakit pelik yang aku rasa menyampah pulak nak bawak penyakit ni ...haih..

1) Selsema disorder
Setiap kali aku jumpa habuk ke..bau perfume terlalu wangi ke...pergi tempat sejuk ke..confirm aku akan bersin2 sampai aku rasa macam dah xde udara nak bernafas dah. Sumpah rimas..rasa cam nak cabut hidung letak tepi sekejap je..!

2) Sedih disorder
Aku ni kuat rasa sedih.kalau aku teringat benda2 yang sedih sikit je..aku mula la touching melebih.menangis2 macam balu mati laki... sedangkan kadang2 benda 2 kecik je pun..tapi entah ape ntah yang membuatkan aku rasa sangat2 sedih sampai terkulai2 layu kononnya...cam pondan je tau!

3)Pk bukan2 disorder
Aku ni suka pk bukan2..benda aku xpatut pk la aku pk.. aku pk ..kalau aku lalu ,orang tgk..mesti orang tu kutuk2 aku. Kalau aku pakai macam ni..apa orang cakap nanti,kalau aku ikut jalan ni,nanti apa yang akan berlaku? kalau aku buat macamni..nanti ntah2 benda macamtu akan berlaku..camtu la gamaknyaa..haihh!



Nice blog :)








try to read her blog. She inspired me a lot :) I Love the way she express her feeling and the way she told the world about her story . She's creative anyway.



Selasa, 1 November 2011

Karaoke Time :)



Today kitorang ingat nak prank wan,qayyum dengan iqbal sebab birthday mereka tu adalah pada bulan yang sama. Bulan lepas. After rancangan kitorang xmenjadi..so kitorang pun ambil keputusan untuk enjoy ourself with karaoke :) it was not too fun not too sad pun . Haha..so so je.sbb hati pun xsenang xdapat prank mereka2 lagi.haihh..nasib badann !



masing-masing ngah sibuk melayan perasaan time ni.so aku dengan rasa hormatnya snap picture mereka yang xsedar pun aku ngah candid mereka..bila flash baru mereka like "what.......?" haha..i loike that ! :p


okay aku tahu gambar ni akan wat orang gelak.sila gelak puas-puas. Sebab saya memang nampak macam budak kecik mintak gula-gula bila saya potong rambut . Saya memerlukan positive energy untuk menambah keyakinan diri . P/s-wa benci nampak cam budak2 -.-" !



Qayyum ngah feeling nyanyi..si syahrul tu drama lebih..die bukan tido pun tapi saje je buat2 tido.mengade ! haha

Deym


I Hate it when people take me for granted . I'm not a type of someone who take people for granted .I've learn that thing's change.People change and it doesn't mean you forget the past or try to cover it up.It simply means that you move on and treasure the memories.Letting go doesn't mean giving up..it means accepting that some thing's weren't meant to be :)


demm !



bubu

Kawan


Bila sedih. Jauh dari family,yang ada cuma kawan . Ada 1 kawan yang selalu ada untuk saya. Kawan yang tak pernah berhenti menemani saya . Dia seorang kawan yang baik . Dia selalu ada bila saya sorang2...bila saya bosan..bila saya sedih..bila saya gembira.. Dia seorang kawan .

Kerana dia seorang kawan,
saya selalu mencari dia bila saya bosan. saya selalu reply mesej dia bila saya rasa kosong . Saya selalu cari dia semasa saya rasa saya perlukan dia.dia seorang kawan.

Kerana dia seorang kawan,
saya mengabaikan dia bila saya sibuk,saya tak call dia balik bila dia call saya banyak kali tapi saya tak angkat. Saya tak reply mesej dia semula bila dah bekesempatan . Tapi dia tetap ketawa bila dengar suara saya lepastu . Dia tetap ada untuk saya bila saya perlu dia lepas itu . Dia seorang kawan.

tapi kawan juga seorang manusia.


dia tidak selamanya boleh bersabar. Dia tidak selamanya akan ada untuk saya . Bila dia tidak balas mesej saya..saya akan rasa kehilangan . Kosong . Kerana dia selalu ada..dan kini..dia tiada..saya tau dia akan baca entry saya walaupun dia xangkat call saya atau balas mesej saya..saya rindu gelak tawa dia..sebab dia selalu ketawa bila kami berborak bersama ..:')



Saya rindu dia. Dia kawan saya.



Isnin, 31 Oktober 2011

Sumpah aku xpernah kisah kalau ada orang yang suka nak SHUFFLE ke aper kee..lantak beliau la kan. Yang menjadi haramjadahnya. Mereka obses pada shuffle itu dan kurang ajar :)


Kaepada Budak SMK berkenaan ,Kau jangan nak kurang ajar sangat la kan.Agaknya sebab tu lah budak tu kurang ajar dengan kau orang . Sebab kau pun kurang diajar adabnya :)

Nak orang respect kat kau..kau dulu respect orang okay :) Baru ngam orang panggil HERO.

respect comes in both ways .Sekian

Ahad, 30 Oktober 2011

Sungguh




Aku ingin engkau ada disini . Menemaniku saat sepi.Menemani ku saat gundah .Berat hidup ini tanpa dirimu . Ku hanya mencintai kamu,ku hanya memiliki kamu . Aku rindu setengah mati kepadamu. Sungguh ku ingin kau tau, aku rindu ... setengah mati :') Meski, telah lama kita tak bertemu . Ku selalu memimpikan kamu. Ku tak bisa hidup tanpamu .


Barisan ayat yang mudah untuk difahami . Namun tak semua orang merasai . Aku rindukan dia :')





Sabtu, 29 Oktober 2011

At last she end up here


Kawan baik aku since sekolah menengah ..dah berkahwin :) aku rase lega gila..jadi pengapit dia siap uolls. Aku rasa dalam member2 aku dalam group tu..Yang paling gonjeng ..si kecik ni la...then..now..dia dah kahwin.aku rasa sangat2 glad :)

Hope that wedding akan bahagia till the end of time .


walaupun aku..mala ..aja n aiza je geng kita yang datang..kau jangan sedih k..sebab kitorang selalu ada untuk kau bila2 masa..ingat x dulu..bila sorang dari kita sedih..semua pun sedih..kau jangan rase sedih ayu xda masa kau nikah n kau sanding.. mungkin dia pun masih mencari2 hala tuju dalam hidup dia..yang penting kita semua friend forever k :)



Jumaat, 28 Oktober 2011

Tektonik Tetibe





Saya rasa bruno mars patut wat tutorial pada lelaki zaman kini untuk mengajar mereka cara menghargai PEREMPUAN :)



sekian.

Khamis, 27 Oktober 2011

i still love him




When my hearts only belong to 1 guy. My sight won't be able to attach another guy .My heart don't allow it to. I'm stuck with the only one . The one who ignore me most :) I'm not going to beg him no.i'll only try to slowly accept the fact that he might be impossible for me to own AGAIN and walk as a normal girl with a screwed lil past stories :)

Rabu, 26 Oktober 2011

Seriously ?


I dont know whats been up lately actually . Aku ni jenis orang..kalau aku dah break ngan ex aku..entah kenapa..aku akan jadi close ngan diorang as a friend . And setiap kalinya tu lah..akan timbul perselisihan antara aku dan awek baru mereka.

Benda ni berlaku bukan sekali,bukan dua kali malah berkali-kali . Setiap kali aku rapat ngan ex aku sebagai kawan..at the end of the day..confirm ex aku akan perang dingin ngan awek baru beliau then die punya Big reason is ME :) walaupun actually bukan aku yang contact ex aku..tapi ex aku yang contact2 aku.

Demm.. ! aku pun xfaham..even if aku sekadar aku reply kat status ex aku cam "pergh...gila la.." then awek dia akan mencelah ,tukar topic plus bernada marah gila ! then bila aku dah xreply..dia senyap..then bila aku start reply balik,dia akan celah lagi and buat2 cakap pasal lain lagi dalam keadaan marah lagi..and i was like...WHATTHAFUCKK?? aku contact die atas dasar kawan bukan ex..so cam chill la wey ! if aku de prasaan kat ex aku lg..bile ex aku ade gf baru..nk simpan die dalam list aku pun aku xsanggup.itu AKU !

Ade satu ex aku..actually die seorang pengkid. Aku cpl ngan die dulu pun saje je nak sakitkan hati ex aku yang 6 tahun tu je pun..xserious pun..tapi relationship aku n peng 2 baik..even dah lame xjumpe pun but still contact2..dah 4 tahun kenal..mesti la ade strong bond kn..lau jumpe mesti like..heyyy!!! whats upp! :) camtu la..

then die cpl ngn sorang awek yang muke macam jamban tunggu masa nak pecah..aku xreti nak kutuk fizikal org..tp sebab attitude die macam FUCK..terpaksa la aku..mungkin sebab muke die cam jambatan xsiap tu la die desperate gila cpl ngn peng tu n sayang separuh mati kat minah tu..who cares bab tu ! yang aku care nye..mase 2..ex die de call2 aku..tp aku busy with life so aku xpickup..so aku ignore jela..then dalam lusa camtu.aku call balik..die plak xangkat..so aku pun g kat fb die..post " asal call xpickup?" tu je pun..then gf die yang HOTGILABAPAK tu..comment2 cam tanye pahal aku call2 penk die? aku like "err...saje je xde yang penting pun.." then die ckp if i got something 2 tell..yg IMPORTANT SAHAJA ..ckp thru her..jgn trus nk ckp ngn ex penk aku tu..

i was like "whatt..?" ape benda kau ni la siak..macam la aku nak penk kau 2..die ade ape aku ade..xde yang menarik nafsu aku pun..so kenapa aku nak kena bergaduh ngan kau pasal penk kau yang sama jantina ngn aku uh ? pelis la !pastu ape jadi antara aku ngn die..malas aku nak cerita..sbb die buat melampau sgt sampai aku block die..tapi sumpah sampai bila pun aku xnak tegur penk die..haha..








Ahad, 23 Oktober 2011

Radit dan Jani

Kisah radit dan jani adalah kisah romantik terbaik buat aku . Aku sangat-sangat menyukai cara diorang sebab diorang hidup dalam dunia diorang sendiri . Tak kira la betapa susah hidup diorang,betapa hina nya orang pandang diorang,betapa banyak nya halangan dalam hubungan diorang.Tapi bagi diorang,perhubungan mereka adalah PRIORITY ! dan yang terbaik hanyalah apabila mereka bersama .

Aku sayang kamu bodoh ! walaupun si radit ni betul2 useless,bajingan memang xleh provide apa-apa untuk jani..tapi jani sorang je nampak apa yang mampu radit bagi pada dia . KEBAHAGIAAN . orang lain akan terus mengutuk... orang lain hanya akan nampak keburukkan radit,Tapi bagi orang macam jani..dia nampak radit on the other side. Hanya radit yang mampu membahagiakan dia. At lease,radit sangat-sangat mencuba walaupun dia tau..dia xkan pernah mampu .

Sebenarnya aku lebih memilih lelaki macamni. Dia nampak jahat.. flirty..tapi dia sangat setia . GF dia adalah priority. Aku berfikiran sama macam jani ! Dia xmampu kasi aku macam-macam .Bagi aku,aku xkisah lelaki 2 jahat mana pun..asalkan dia sayangkan aku sangat2 pun aku dah cukup bahagia :)



QUOTES DARI RADIT & JANI

"Semua orang ga ada yang percaya kalau kita akan selalu terus selamanya "
"mereka semua tu tahu apa sich tentang kita?"
"mereka semua tu ga tahu tahi-tahi nya kita"
"mereka pikir kita ga bakal bisa hidup bahagia,tapi aku bahagia hidup bersama si bodohku ini!"
"Bahagia itu kita yang ciptain, bukan mereka"
"mereka pikir kalau gue ga bisa bagi kamu rumah,mobil,baju bagus itu artinya aku ga bisa bahagiaan loh,tahi!"
"mereka ga tahu gimana kita"
"kita akan selalu berdua,dan ga akan ada yang pernah bisa misahin kita,kita punya cara kita sendiri,dan kita punya dunia kita sendiri"
"aku sayang kamu bodoh"
"aku juga sayang kamu"


Bahagia itu kita yang ciptain, bukan mereka. Mereka gak tau gimana kita. Kita kan selalu berdua dan gak akan ada yang pernah bisa misahin kita, kita punya cara kita sendiri dan kita punya dunia kita sendiri. Aku sayang kamu, bodoh.


Jumaat, 21 Oktober 2011

I Can see





Nowadays .. Lelaki lagi nampak ramai daripada perempuan .so secara xlangsung..lelaki ada power untuk memilih ! dan ini menyebabkan ego lelaki bertambah menjadi 5 darjah lebih tinggi dari biasa. Fact bukan?

Dulu kita banyak tengok lelaki mengurat perempuan.. frust bila xdapat..menunggu ex couple dia tukar fikiran dan kembali pada dia..Right? Tapi kini..semuanya terbalik . Perempuan yang mengurat lelaki..frust2 bila xdapat..menunggu ex mereka kembali kepada dia.. hmm.. whats been up here ? Demm..!

Yang lebih menjengkelkan,lelaki yang rupa ala kadar je pun,mulai demand gla babi. Setakat girl next door,memang xpandang la..disitu i can see so-so guys act like a hotstuff ! Sumpah geli. Kalau perempuan cun tegur,mula la act macam paling hensem sedunia.. Kalau perempuan next door tegur,buat2 xsedar je.. Macam Geli !

Sekarang,lelaki hensem,nampaknya lebih cenderung kepada perempuan cantik & kaya. Cantik sahaja xcukup. Lelaki yang berwajah sederhana kacak pulak,at least nak girl with complete package . Nice face,nice body,nice ass.nice boobs. Lelaki yang xhensem pulak,nak yang Hottie je..yang kalau boleh pakai baju sesingkat mungkin untuk ditayang sebagai ANGELINA JOLIE in da house . What the heck is happening yaw. Like seriously..cermin rumah aku banyak..kalau kau nak pinjam..boleh je kot !look at yourself.

Sampai ada perempuan yang boleh tahan la manis2 tu..semua single..yang nice2 tu..yang pakai sopan..tapi attitude perfect ,yang pandai jaga diri tu semua end up single. Yang muka macam harem.. yang boleh pakai skirt..ada ass yang solid..ada boobs yang hot..ada pinggang yang kecik cam kerengga itu yang dipandang . Like hello,korang ni ikut logik or nafsu ?


Tapi ape boleh buat ? Taste orang lain-lain.so nak xnak terima sudah :) senyum sahaja .






Superstitious !


When it comes to public speaking.Aku n my pairing member dah pun pilih-pilih topic . Banyak idea dalam otak..tapi kami kena jadi choosy sebab madam cakap kitorang kena pick topic yang kitorang MINAT SAHAJA.Kami pun sebulat suara memilih topic SUPERSTITIOUS !:) yeayyy !

okay.pk punya pk ape yang nak dibahaskan..last-last aku teringat 1 story yang aku nak sangat2 share disini :) jeng jeng jeng ! haha..kisah ni berlaku sem lepas..semasa kami dalam bulan pertama lagi kat Kampus KHSAS uniten muadzam tu .. :p

KAMI : 1)Neyna
2) Sha-sha
3)Rara
4)Nana

LOKASI : Desasiswa Harmoni ( DH 01-00-02)

Katil A -rara
Katil B -Nana
Katil C- Shasha
Kati D - Neyna


oleh sebab kami 1 rumah..so pengalaman ni kami lalui lah bersama sama :)1st benda ni mula-mula berlaku..masa tu weekend . Rara & nana balik kluang(DIORANG NI MEMANG TIAP-TIAP MINGGU KALAU BOLEH NAK BALIK..HOMESICK KATANYAA..) Tinggal la aku n sha-sha kat rumah tu .. masa tu kat meja makan.Kitorang pun makan,gelak-gelak..then mase ngah syok2 borak..aku nampak sehelai rambut PANJANG GILA.. OMAIGOODDD!!! Sumpah panjang gila..aku pun ukur..sebab setahu aku..dalam rumah tu..xde orang rambut sepanjang itu..aku siap ukur kat rambut aku sekali.punye la sengal kan ?.tapi mmang panjang gila..nak kata rambut kitorang,mmg x la..sbb terlebih2 panjangnya..nak kata rambut budak sem lepas..si rara tu..setiap minggu sapu rumah tu bersih2..siap mop-mop lagi!(Biase lettew..mak tiri..) ..tu yang pelik..manakah datang rambut panjang tersebut ? Jeng jeng jeng !!


Nak dijadikan cerita,mase rara & nana balik..rara cakap kat kitorang..pakcik dia yang pandai bab2 benda halus ni cakap,kat rumah yang kami duduk mase 2 ade benda ..and benda tu selalu duduk kat toilet paling belakang..kitoang terus meremang la buru roma.Bukan bulu roma je..segala bulu-bulu yang ada naik.Bulu kucing bulu tikus..bulu berus jamban..Semua la..takut kot ! Gila kau xtakut ? dah le semua perempuan & semua penakut. . aku pun cerita la pasal rambut 2..then oleh sebab kami semua rasa takut gegile..kami pun suruh si rara ni call pakcik die..tanye..ape nak buat untuk dinding diri..<--kekonon nak selamat dari gangguan katanyee..

Rara ni pun call la pakcik die..then pakcik die cakap..beli lada hitam..lada putih ..lepas maghrib..yassinkan benda tu..tabur keliling rumah..kitorang pun petang tu jugak pakse abang jijie bawak kitorang pergi TUNAS MANJA <--hot di muadzam . Beli benda 2...abg jijie pun naik pelik..ntah nak buat mende la dak2 ni ngan menatang tuh..

maghrib tu kitorang pun buatla ape yg disuruhh..oleh sbb aku ,rara n nana dtg pelangi..so sha-sha la jadi ustazahnyee...n mlm 2 operasi pun berjalan.. mase ngah tabur-tabur benda tu..baru nak sampai dekat depan toilet berhantu tu.. tibe-tibe "DANGGGG!!" lampu padam..nk ngeri lagi ?Kitorang cari fon masing-masing semua xjumpa..teraba-raba.. ! Mane fon aku ? Mane fon akuu?? dah la bilik asing2 ..so dua masuk bilik sane..dua masuk bilik sini..sambil paut2..tarik2 tangan takut hilang duk teraba-raba la atas katil ...bawah kusi..atas almari semua..bile dh jumpe..nak sambung tabur dah memang takut la ceritanya..yela..belum sempat nak tabur kat toilet yang dikatakan keras tu..lampu padam ! pastu semua paut kat baju masing-masing ! dia pegang baju dia-dia pegang baju dia..siap jalan pun pelan-pelan !<--takut hantu tu terbangun gamaknye ! lau ingat ingat balik memang kelakar la ! Haha..punya lah penakut!

Last2 xde pape pun.. Tapi rase rasenye rumah tu memang pun ada yang tumpang..sebab banyak kali gak nampak2 kelibat..tapi masing2 buat2 xnampak je..sbb pk..kitorang nak duk lame lagi kat situ..so nak xnak kena la buat geng ! baru kawtim !!







Khamis, 20 Oktober 2011


Yesterday i'm a type of someone who will easily get angry and thinking of breaking off when my bf is cheating on me . But today,i'm a type of someone who will starring at my bf's eyes and thinking why is he lying & I'll think critically how 2 make him falling in love with me once again .





Isnin, 17 Oktober 2011

Mr Saxobeat






You makes me this : bring me up ,bring me down ,play it sweet ,make me move like a freak,mr saxobeat .Hey sexy boy set me free . Don't be so shy play with me .My dirty boy can't you see that you belong next to me .





-NeynaSextacyo-


Khamis, 13 Oktober 2011

Berhujah dengan Hati


Aku selalu teringat perbualan dengan akak aku .


Dalam bilik . Rumah abang dekat johor jaya .

"kau couple dengan siapa sekarang ?" akak aku start tanya .
"Dengan siapa ? mane ada couple dengan siapa-siapa..!"
"haha..padan muka kau .."
"eleh..orang gila je ade bf!"
"orang gila je yang xde bf ..! kesian "

dem ! Setiap kali berbual dengan dia bab ni...aku mesti kalah..of coz la ade bf lagi best dari xde kan..



"kau rileks2 je dik..bia je xde bf..jangan cari bf asal boleh suda ...nanti ko nyesal"
"habis bosan kot single.."
"jangan sebab kau bosan single..kau cari bf alakadar je..cari bf bia gempak terus!"
"bf yang gempak nak pulak kat aku .." <--sambil ketawa teruk-teruk .
"ade je..ko rileks ! rileks jee!"
"aku rase skg ni cam xde ornag nak kat aku.."
"bodoh ! mesti ada punya.."


Mak aku selalu cakap macamni :

"kau nak cari bf..cari yang btol2 ikhlas nak jaga kau..yang ada duit sikit..yang leh tanggung kau nanti..lau diri sendiri xtertanggung buat apa . Cari yang ada rupa sikit..sebab kau bukan nya hodoh pun..carilah yang sedap mata memandang..nanti sampai tua pun kau sayang. Macam nak n abah "


Ok..sumpah aku jeles sbb mak aku dapat lelaki sebaik BAPAK aku.. Lau ade bapak aku version muda punya zaman camni..da lame aku tackle :)


Persoalannya aku xreti tackle lelaki.Sekian :)







Selasa, 11 Oktober 2011

HUPPIE




Jika ALLAH mengkehendaki ,
Siapa pun boleh menjadi Jodohmu




:) Maklumlah




Maklumlah saya seorang perempuan :

Cepat betul mengatakan perkataan "lepaskan saya" semasa marah .
Cepat betul beremosi semasa pertelingkahan .
Cepat betul buat keputusan semasa rasa diri tak dihargai

Maklumlah saya seorang perempuan :

Pergi mana-mana pun mesti akan ada orang yang risik-risik tanya
Pergi mana-mana pun masih tak jumpa pengganti dia..
Pergi mana-mana pun teringat memori dengan si dia..

Maklumlah saya seorang perempuan :

Berlakon bahagia tanpa si dia
Berlakon kuat selepas kehilangan dia
Berlakon seperti hidup dalam keadaan baik-baik saja..


tetapi..

Disebabkan aku perempuan yang berfikiran begitu :

Aku hilang sesuatu yang susah payah untuk aku pertahankan.
Aku hilang rasa minat pada lelaki sekeliling aku kecuali DIA.
Aku hilang rasa nak bercinta dengan sesiapa selain DIA.


Disebabkan aku perempuan yang berfikiran begitu :

Aku berhenti berhubung dengan dia
Aku berhenti mengharap pada dia
Aku berhenti memberi kebahagiaan pada diri aku


Aku lupa.. Aku sakit semasa bersama dia..
Tapi..Aku lebih sakit semasa Ketiadaan dia..


Aku seorang perempuan . Mencintai seorang lelaki adalah lumrah hidup seorang perempuan . Aku tak memaksa diri aku mencintai dia. Semua tu datang dengan sendiri . Tapi kenapa sekarang aku memaksa diri aku melupakan dia ? Melupakan dia adalah lebih sakit rasanya dari ditinggalkan dia . Dia mungkin tak menjaga aku dengan baik selama kami bersama . Tapi.. Hidup aku lebih kejam melayan aku ..Perasaan aku lebih hina mengherdik jiwa aku semasa dia dah tiada.. Aku lebih sakit semasa hilamg dia daripada semasa bersama dia ..