Jumaat, 25 Mac 2011

Lihat kau Lihat dia


bukan kerana tampan wajah.
bukan kerana mewahnya hidup.
kamu mungkin tidak akan faham
kenapa aku msih disisimu ketika kau berharap yang berbeza
kerana aku cinta kamu tidak bersebab
tidak mempunyai kelebihan
tidak kagum..
malah kesakitan yang kamu punya..
melihat kau melihat dia aku begitu sakit
dan memeritkan adalah perasaan yang saling
melihatnya melihat yang lain memusnahkan rasa cinta dihati kamu
menimbulkan rasa sedih yang sama seperti yang dapat aku gambarkan
tapi aku lebih sakit melihat kesakitan itu
dan mula melupakan kesakitanku demi berada disisimu dengan sedih.
cinta yang paling memusnahkan hati adalah cinta yang tidak terbalas
membuatkan aku rasa terkilan
mengapa bukan aku yang berada disitu
menyambut rasa itu penuh rasa bahagia
tanpa perlu rasa sedih dan berduka atas kesedihan itu
dia
kamu
kalian
telah memusnahkan banyak hati
hati dia
hati kamu
hati aku
hati kita semua..
cinta ini tidak indah
tidak perlu diingati
tidak mampu membuat aku tersenyum tetapi menangis
cinta yang membuat banyak kesilapan
cinta yang salah
tapi aku masih mau teruskannya. kerana aku cinta kamu
lalu kesemua sakit itu menjadi indahku
lalu semua rasa perit itu menjadi lagu dalam melodiku.
lalu semua rasa terperuk itu menjadi tidak mengapa
aku laluinya dengan sedih dan aku akan laluinya
demi kamu





Tiada ulasan:

Catat Ulasan