Isnin, 27 September 2010

Tentang seseorang .




Kisahku bermula dengannya.
Impian,memori,angan ....dan selurah KEDUKAAN !
Tika jasad masih menanti kehadirannya.
saat rasa masih jelas mengharap untuk bernafas di lembah kasihnnya..
Emosi ,keluhan dan perasaanku berbaur SEPI !.
Entah Apa yang aku harapkan?
Masih saja menanti sabda cinta yang sejurang pastinya.
Keindahan menjalarkan tunas-tunas kebahagiaan ,
Kenikmatan berkongsi embun malam
Kedinginan malam yang menusuk roma,
Membisik babak-babak kedukaan ke naskah batinku.
Mencoretkan sejuta kisah di hamparan hidupku
Dia tercipta umpama bidadari turun ke kerajaan hati
Tanpa seurat niat
Tanpa aku sendiri sedari,
Ku terlihat senyum manis di atas bibir bundar merona
Kerdipan matanya merayuku seperti jelas cuba menyingkap.
Entah sampai kapan ku cuba menahan..
Akhirnya kau pergi.
Membiaskan bahasa-bahasa cinta kita
Melakarkan luahan putaran rasa terhadap dirinya.
Menyembahkan semahkota jiwamu dengannya.
Keterpautan diri ini terhadapmu bagai mendulang emas dilombong berlumpur.
Ketika diri ini kelemasan dan ketandusan cinta,
Hiba !
Tak siapa cuba memahami !
Akhirnya kutemukan DIA !
Insan yang berduka ,bernafas dan berbicara dengan degupan jantungku.
Hadirnya ke dalam diri membibitkan kesempurnaan .
Dan akhirnya aku tersedar tentang CINTA !
Setiap langkahku
Setiap hembusan nafasku
Setiap degupan nadiku..membicarakan tentang si DIA !
Membuahkan keindahan dan serumpun harapan.
Melahirkan sehimpun impian.
Mewujudkan seangkatan perasaan.
DIA bagaikan malaikat yang sedang berlari mengejar bintang yang menari
Bagaikan pari-pari yang berdoa di celah pelusuk bumi
Bagaikan pendita yang berkabung sujud sembah di kaki langit
Hanya untuk membahagiakan aku.
Menyempurnakan tingkahku
Melaksanakan cecitaku..
Bagaimana hendak ku ungkapkan dengan kata-kata?
DIA bagaikan imbuhan dari syrga !
Meratah setiap helai jantungku.
Sehingga aku sendiri buntu adakah aku masih disini
Atau aku sudah hanyut dibuai asmara dengan si DIA
Yang melontarkan cicit-cicit peluang terhadapku.
Yang memberi segunung peristiwa yang berkisarkan kewibawaanku !
Semoga tuhan merestuiku.
Mengejar HARAPAN SEMAHKOTA JIWAKU !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan