Isnin, 11 Julai 2011

Tenang

Aku berbaring . Masih menatap siling putih yang membosankan itu. Ada semut-semut kecik bermain polis entry disitu..kelihatan hilang arah tuju. Tiada kerja mungkin ? Aku terkenang sewaktu dikelas tadi.Sekumpulan gadis india ketawa riang . Aku ingin menjadi seperti mereka. Maksud aku bukan hitam seperti mereka,namun sebahagia mereka..Bergelak tawa..nyanyi2 lagu bollywood sambil makan kentang gorang . Tapi kenapa aku perlu bersendiri menanggung rasa perit yang membuatkan aku terasa ingin terjun tingkat 4 wisma Uniten ni? Masih buntu . Hilang pertimbangan .

Ah apa lagi dalam fikiran ini ? Terlalu deras degup jantung bagaikan formula 1 sedang beraksi. Apa lagi yang merunsingkan aku dikala ini ? Mungkin kurang kasih sayang ? Kasihan . Jangan pula salah sangka. Aku tidak perlu kasih sayang dari seseorang yang bergelar Bf . Untuk apa? Duduk-duduk ditepi-tepi taman bunga..sambil melihat matahari terbenam dan makan ais-cream cornetto bersama-sama ? ? Bagaimana pula aku katakan duduk dirumah..menonton filem bollywood sambil makan fries dan minum air coke itu lebih indah ye ?hmm..mungkin aku yang aneh atau dunia kini telah hilang pedoman akibat banjir sini sana yang mendatangkan perasaan hiba seluruh rakyat jelata.

Aku melihat ada yang masih tertanya-tanya siapa aku sebenarnya. Mungkin belum tahu . Sebab tak dapat dinafikan adakalanya aku boleh jadi sangat peramah. Dan sampai 1 masa..aku akan jadi sangat sombong . Entah lah..hanya aku yang mengerti. Ini semua berlaku kerana faktor Mood.Bukan fear faktor. Bukan factorization. Bukan x-factor. Apabila mood aku cecah ke tahap swing ,secara semulajadinya aku akan nampak stress dan kurang berminat untuk bertegur sapa . Namun apabila tiba masa aku baru mendapat duit,mood aku akan tiba2 bertukar wajah baru . Normal bukan ?

Melihat ke awan yang biru,aku tertanya-tanya . Kenapa awan itu masih biru sejak dahulu..tidak mahu kah berwajah baru? Seperti aku ini..aku sebenarnya sudah bosan hidup menyendiri . Melihat kawan-kawan yang bahagia bersama Bf mereka..aku terkesima . Masih dengan ayat yang aku pegang sejak aku single " orang gila je ada bf..". Nampak tenang . Namun hati yang deras sederas air terjun kota tinggi,siapa yang tahu ? hendak aku cari ..tapi aku ingat pesan mak abah aku..jangan jadi perigi cari timba..so aku lepak chill dulu..kalau ade..ade la..lau xde pun aku masih boleh tersenyum :)



1 ulasan:

  1. pada suatu masa lalu..di sebuah kampung yg agak jauh dr pekan klang..ada satu keluarga yang terdiri dari pak ali..mak minah..dan anak mereka abu..alangakah sedihnya mak minah kerana pak ali ni amatla suka berbohong..dan bertambah sedih lagi la mak minah bila pernagai si bapaknya ni menurun ke anaknya si abu..mana tumpahnya kuah kalau x ke nasi kan...kerja pak ali dan abu ni asyik nak berbohong je setiap hari..best kata mereka..sampaila satu hari mak minah meninggal..terlalu sedih la mereka lantas cuba utk memberitahu perkara itu kepada org kampung..tp mmg xkan berjaya la cobaan mereka tu..dah selalu sgt berbohong...sapa suruh..so mereka pon pandai2 la urus sendiri..setelah kejadian itu mereka menyesal sgt..lantas mereka ke tepi sungai yang dalam..pak ali berkata "abu kau terjun sungai ni..kita bernazar hari ni kita xkan berbohong lagi"..abu pon menjawab "ait..abu pulak kena terjun dulu".."eh kau terjun je la" pak abu memerintah..abu pon terjun..lama tu x timbul2..kakinya tersangkut pada rumpai..setelah berjaya melepaskan diri..abu naik ke darat..pak ali bertanya "ape kau buat lama sgt kat dlm sungai tu" abu pon menjawab "kawan ajak minum teh la..lepak jap sembang".."oooo" balas pak ali sambil bersiap utk terjun..dan terjun la pak ali..lama tu baru la timbul..dengan kehairanan abu bertanya "kenapa kepala bapak berdarah" dan di jawab oleh pak abu "dah kau minum teh x bayar..kepala bapak la kena tibai..ceit"

    p/s: berhati2 pada penipu..kerana dia x mengenal mangsa ( :

    BalasPadam