Jumaat, 29 Julai 2011

Mengkuantankan diri







As usual..pergi kuantan again ngan my beloved housemate sekalian :) well.tak da ape pun yang menarik..cume biasa la..menghabiskan duit n jolly2 sakan :p





ni pic yang sempat diamik masa kat TC .Sumpah ngah penat + panas :p . and sumpah aku nampak gemok dan tidak sihat .haha


ni mase ngah amm kat rasamas kuantan east coast mall :)..asal rambut aku kaler tu weh..konpius2 !



ni ngan my BFF ..:) die ni snap pic susa benarr nak senyum molek..ntah la kenapa..lau snyum pn cam ikhlas xikhlas la..tp lau dpn2..senyum die la yang paling menyakitkan hati sekali.haha



ni nan ke ? huhu...my bff gak :)




well..apa yang berlaku pada kami 1st year 1st sem ni banyak mengajar kami erti kehidupan di kampus..macam2 jadi..antara persahabatan..ketelusan ..macam2 la...hmm..yang sedihnye..nanti kitorang akan pecah..hmm..padahal kitorang dah lalui macam2 bersama..hmm..xpe la..ada jodoh kita jumpa lagi :)



Selasa, 26 Julai 2011

Hanya di Syurga :'(



Melihat sekeliling aku yang penuh dengan tekanan membuatkan aku terkenangkan si dia yang mungkin telah hilang dari pelusuk bumi . Dia, seseorang yang kini selalu menemani masa-masa lapar aku. Orang yang akan membuat telefon bimbitku berbunyi setiap kali waktu makan tiba . Dia orang yang membuatkan aku memecahkan keheningan pagi disisi dia.Aku masih teringat,sewaktu kami bersama-sama menjadikan mid-night sebagai medan untuk berpolitik tentang kehidupan seharian kami . Walaupun tidak banyak yang kami bualkan,namun perbualan setiap kalinya membuah kan rasa bingung yang mendalam terhadap diri dia. Aku semakin tidak mengenal dia . Tidak memahami cara pemikiran dia. Bahkan,untuk memahami dia..aku rasa diri aku semakin gagal.


Apa yang aku dapat lihat kini,EGO diletakkan pada carta billboard teratas manusia zaman modenisasi kini. Aku semakin rasa yakin yang perkara paling dicari zaman kini adalah kecantikkan & kekayaan . Semakin kurang rasanya keikhlasan yang terdapat dalm jiwa nurani insan manusia modenisasi kini .Mengapa ini berlaku ? Aku pun tak pasti,mungkin akibat ketidakmatangan remaja2 meningkat naik yang menjadikan Rempit sebagai alternatif untuk mendapat nama lalu merosakkan seluruh sel-sel otak mereka sehingga membesar menjadi bajingan. Atau kerana tsunami yang melanda jepun baru-baru ini ?Hmm..hanya masa boleh menjawabnya

"Ikhlas kan diri untuk menerima orang yang akan hidup dengan kau nanti..kerana kau akan hidup dengan dia..kelemahan dia adalah tanggungjawab kau untuk menerima"

Ini kata-kata maam aku sejak dari dulu lagi. Tetapi untuk mendapat seseorang lelaki yang menerima segala kelemahan aku adalah bagaikan bermimpi untuk menikahi justi bieber!
Secara jujur..aku dah dapat melihat dan menilai ..lelaki-lelaki yang mahukan aku ikhlas atau pun hanya untuk menjadikan aku tayangan sementara.Mungkin aku muda dan nampak naif yang bodoh bodoh alang,tapi otak aku mampu berfikir dengan kelajuan 360km/j .Hmm..Aku tidak pasti kenapa . Yang pasti,mereka menjijikkan . Datang dalam hidup aku untuk menjadikan aku bahan hilang bosan dikala bulan mengambang. Bila kebosanan sudah hilang dan berjumpa bunga lain,aku akan ditinggalkan tertanya2 melalui peti mel simpanan suara semata-mata !Kasihan aku bukan .

Tapi aku silap juga.selalu mengharapkan orang yang salah..Aku pun tak pasti mengapa ..selalu saja aku terjumpa orang yang salah..orang yang hanya mahu mempersendakan rasa suka n cinta aku <--[ ceh ceh ayat aku..macam rafeah buang masa muda2 ! ] . Aku pun tak pasti la kenapa. Mungkin kebodohan aku telah mencapai tahap 3 sekolah rendah..Terbaru..aku jumpa 1 lelaki..lelaki yang aku suka..dan dia juga kata dia suka pada aku.Tapi apa yang aku lihat,dia menggantungkan aku tidak bertali . Membuat kan aku tertanya2..betul ke mamat berkenaan suka pada diriku yang serba kurang dan entah apabendaentah ini ? semakin aku bertanya..semakin aku tak mendapat jawapan . Dan aku semakin rasa rendah diri. Hodoh benar ke aku sehingga diperlakukan sebodoh ini. Aku mulai menapak setapak kebelakang menarik nafas panjang. Dan seperti biasa..menangis dalam hujan lebat!

Nak kata sedih ...? Hmm..tak tahu la..kerana aku tak pernah terjadi apa-apa dengan
dia..berhubungan lebih dari kawan pun belum lagi. Nak kata gembira .lagi lah bukan. Bagaimana rasa gembira pun aku sudah lupa barangkali . Tapi agak terkilan . Terkilan kerana tiada siapa mampu mengambil aku, sebagai orang penting dengan menerima segala kelemahan aku . Menghargai kelebihan aku dan menghormati minat aku ..Mungkin itu akan aku dapat hanya di syurga ..



Tuhan tabahkan la aku :')








Isnin, 25 Julai 2011

Terkilan




Bila melihat orang yang kita suka menyukai orang lain,secara tidak langsung akan timbul rasa sedih. Bukan mendengki,jauh sekali untuk mengeji . Cuma sedikit terkilan mengapa bukan kita diposisi itu ♥




Rabu, 20 Julai 2011

Caught out in the rain !








I'm in a deep depression !
kalau la kau ni tak mendengki orang sehari xboleh ke?
xboleh ke kau tengok aku hidup senang ?
mmg perlu nak mendengki ke ?
tensen do ngan kau ni
kau blah la wei
blah jauh2 dari hidup aku
semak wei
sumpah semak !!



menyemak la kau bodoh ! blah!




Isnin, 18 Julai 2011

I'm not in any relationship.

Someone did askin me a question .
A weird question .

"Na ngan siapa sekarang?"

and I was like thinking ..
do you think
to love someone and to involve in a relationship is that easy ?
Just because i said i'm in love,
thats doesn't mean i'm in a relationship with him.
he's not necessarily love me too rite?
hmm..maybe you're way too jealous.
or maybe i'm not written to be yours .
and he's not written to be mine.
we're not written to belong together.
thats all for a sad ending


love.peace.Asallamuallaikum :)

Isnin, 11 Julai 2011

Tenang

Aku berbaring . Masih menatap siling putih yang membosankan itu. Ada semut-semut kecik bermain polis entry disitu..kelihatan hilang arah tuju. Tiada kerja mungkin ? Aku terkenang sewaktu dikelas tadi.Sekumpulan gadis india ketawa riang . Aku ingin menjadi seperti mereka. Maksud aku bukan hitam seperti mereka,namun sebahagia mereka..Bergelak tawa..nyanyi2 lagu bollywood sambil makan kentang gorang . Tapi kenapa aku perlu bersendiri menanggung rasa perit yang membuatkan aku terasa ingin terjun tingkat 4 wisma Uniten ni? Masih buntu . Hilang pertimbangan .

Ah apa lagi dalam fikiran ini ? Terlalu deras degup jantung bagaikan formula 1 sedang beraksi. Apa lagi yang merunsingkan aku dikala ini ? Mungkin kurang kasih sayang ? Kasihan . Jangan pula salah sangka. Aku tidak perlu kasih sayang dari seseorang yang bergelar Bf . Untuk apa? Duduk-duduk ditepi-tepi taman bunga..sambil melihat matahari terbenam dan makan ais-cream cornetto bersama-sama ? ? Bagaimana pula aku katakan duduk dirumah..menonton filem bollywood sambil makan fries dan minum air coke itu lebih indah ye ?hmm..mungkin aku yang aneh atau dunia kini telah hilang pedoman akibat banjir sini sana yang mendatangkan perasaan hiba seluruh rakyat jelata.

Aku melihat ada yang masih tertanya-tanya siapa aku sebenarnya. Mungkin belum tahu . Sebab tak dapat dinafikan adakalanya aku boleh jadi sangat peramah. Dan sampai 1 masa..aku akan jadi sangat sombong . Entah lah..hanya aku yang mengerti. Ini semua berlaku kerana faktor Mood.Bukan fear faktor. Bukan factorization. Bukan x-factor. Apabila mood aku cecah ke tahap swing ,secara semulajadinya aku akan nampak stress dan kurang berminat untuk bertegur sapa . Namun apabila tiba masa aku baru mendapat duit,mood aku akan tiba2 bertukar wajah baru . Normal bukan ?

Melihat ke awan yang biru,aku tertanya-tanya . Kenapa awan itu masih biru sejak dahulu..tidak mahu kah berwajah baru? Seperti aku ini..aku sebenarnya sudah bosan hidup menyendiri . Melihat kawan-kawan yang bahagia bersama Bf mereka..aku terkesima . Masih dengan ayat yang aku pegang sejak aku single " orang gila je ada bf..". Nampak tenang . Namun hati yang deras sederas air terjun kota tinggi,siapa yang tahu ? hendak aku cari ..tapi aku ingat pesan mak abah aku..jangan jadi perigi cari timba..so aku lepak chill dulu..kalau ade..ade la..lau xde pun aku masih boleh tersenyum :)



Love



Apabila kita melihat orang yang kita suka bahagia bersama kekasihnya, secara tidak langsung pasti akan timbul perasaan sedih . Bukan mendengki,jauh sekali untuk mengeji.. cuma rasa terkilan..mengapa bukan kita yang berada diposisi itu .


Rabu, 6 Julai 2011




Sometimes we don't have to trust too much .
Because most of the time, the person we believe most,will betray us in the end of the day :')


The day when you met someone you really want em to be your friend,
do tell yourself kindly,
You're the only one who can understand the real you . Dont trust people who you dont even know either they can understand you or not.




Isnin, 4 Julai 2011

Terbaik


adakalanya kita terlalu memikiran tentang orang lain.sehingga kita lupa untuk fikir tentang diri sendiri..aku sedang merasai keperitan melebihkan orang lain daripada perasaan aku sendiri..

bukan untuk menjadi seseorang yang mementingkan diri sendiri..namun apabila kita lupa untuk memikirkan tentang diri sendiri,secara tidak langsung,kita juga akan terlupa untuk menghargai diri sendiri...

kepada dia yang pernah bermain hati denganku..aku kecewa dengan sikap dia yang bercerita tentang aku kepada teman-teman seolah-olah benar aku mempermainkan perasaan dia..

membuahkan rasa jauh . dan dengan keputusan yang aku lakukan..aku lega..aku tidak salah langkah .kini aku nampak siapa dia..


kepada rakan-rakan yang tidak menoleh2 kiri kanan semasa membuat keputusan..aku masih menghargai sebuah persahabatan..namun apabila ia nya dilihat jelas mampu merosakkan hati dan aku merasa ianya tidak diperlukan lagi..aku akan menjauh dengan sendiri..tak perlu gusar..masih ramai yang mahu menjadi teman kalian..aku tidak bermakna apa-apa bukan ? apabila aku menjauh kelak..harap tiada yang terasa hati ..



kepada seseorang yang ada untuk aku susah dan senang aku..terima kasih ..


:') asallamualaikum