Selasa, 20 Februari 2018

Memori



Mata itu . Buat pertama kalinya aku melihat segumpal impian yang tidak pernah sekali pun mampu menjajah minda. Senyuman itu, kerdipan mata itu, jelingan itu. Melarut mereput menagih perasaan. Membuahkan keinginan, melahirkan penantian. Merelakan jiwa yang sekian lama ditakung keangkuhan dengan buaian harapan  . Melemaskan nafas, bersesak-sesak merayu perhatian. Menebalkan rasa mahu memiliki. Rasa ingin direnyukkan dalam genggaman . Dikepal rapi menjadi bulatan kecil dicampak jauh kedasar nurani . Aku benci perasaan ini, rasa ini, gemuruh ini. Yang hanyut menagih rasa yang keterlaluan bahananya. Berpaksikan keyakinan ,aku melangkah.. satu demi satu.. semakin jauh kepelusuk . Terperuk . Memberatkan kedua kaki berpusing semula.Tiada terpulang lagi.. semakin dalam, semakin drastik.. semakin membuak-buak. Aku lihat seseorang dengan pandangan yang jauh berbeza dimensi. Berdiri tegak melontarkan senyuman, menjahati hati tanpa mengetahui. Membaca setiap detak jantung, memerhati semua perilaku, memahami tindak tanduk tanpa usaha. Meletakkan hatinya sebagai tahanan. Bersahaja meredah masuk tanpa salam dan aku dengan rela membenarkan. Apa sebenarnya yang telak berlaku? Tiba-tiba aku didunia berbeza. Menjadi bukan aku. Menjadi lebih dirinya. Menghulurkan tangan disaat dia sendiri  menolakku jatuh kegaung ciptaannya. Memaksa aku merangkak naik walaupun sedar tertindas, membahasakan jiwa aku dengan lagunya. Mempesonakan aku dengan melodinya. Melenakan aku dengan syairnya.. meniupkan rasa lupa kepada semesta. Memandang tepat kearahnya melihat sayap-sayapnya membawa aku jauh kedasar. Sunnguh aku terpesona.

Kali ini lebih tersiksa bahagianya. Aku terjumpa malaikat.