Selasa, 20 Februari 2018

Memori



Mata itu . Buat pertama kalinya aku melihat segumpal impian yang tidak pernah sekali pun mampu menjajah minda. Senyuman itu, kerdipan mata itu, jelingan itu. Melarut mereput menagih perasaan. Membuahkan keinginan, melahirkan penantian. Merelakan jiwa yang sekian lama ditakung keangkuhan dengan buaian harapan  . Melemaskan nafas, bersesak-sesak merayu perhatian. Menebalkan rasa mahu memiliki. Rasa ingin direnyukkan dalam genggaman . Dikepal rapi menjadi bulatan kecil dicampak jauh kedasar nurani . Aku benci perasaan ini, rasa ini, gemuruh ini. Yang hanyut menagih rasa yang keterlaluan bahananya. Berpaksikan keyakinan ,aku melangkah.. satu demi satu.. semakin jauh kepelusuk . Terperuk . Memberatkan kedua kaki berpusing semula.Tiada terpulang lagi.. semakin dalam, semakin drastik.. semakin membuak-buak. Aku lihat seseorang dengan pandangan yang jauh berbeza dimensi. Berdiri tegak melontarkan senyuman, menjahati hati tanpa mengetahui. Membaca setiap detak jantung, memerhati semua perilaku, memahami tindak tanduk tanpa usaha. Meletakkan hatinya sebagai tahanan. Bersahaja meredah masuk tanpa salam dan aku dengan rela membenarkan. Apa sebenarnya yang telak berlaku? Tiba-tiba aku didunia berbeza. Menjadi bukan aku. Menjadi lebih dirinya. Menghulurkan tangan disaat dia sendiri  menolakku jatuh kegaung ciptaannya. Memaksa aku merangkak naik walaupun sedar tertindas, membahasakan jiwa aku dengan lagunya. Mempesonakan aku dengan melodinya. Melenakan aku dengan syairnya.. meniupkan rasa lupa kepada semesta. Memandang tepat kearahnya melihat sayap-sayapnya membawa aku jauh kedasar. Sunnguh aku terpesona.

Kali ini lebih tersiksa bahagianya. Aku terjumpa malaikat.

Rabu, 11 September 2013

Suatu malam yang malang ber HERO

Di satu malam . Entah .  Memang out of plan..aku ngah kusut.. Fara (my kawanbaikgilebabi) pun kusut . So tanpa pk dalam-dalam, kitorang pun start enjin kereta, menghala ke kuantan . Dah sampai sana, aku n fara tanya .. " nak pegi mana ni ? "  ting ! Hp aku bbm berbunyi .. "hello sayang" -amerulsyaffique .

"hello" 
"ada mana ?"
"on the road"
"oh okay"

-Clear chat .
Eh wait ! dia xpernah bbm terus tanya aku kat mana ! pelik ? ok ok bbm balik..

"kenapa? u ktne ?"
"i kat hyatt amik my mum ada dinner"
"oh okay.. i kt kuantan"
"dah tau dah"

well..sebelum dia dapat tau sendiri n touching aku g kontan xbagitau die..bek aku jujur awal2..hampeh..upenye tau dah. Instinc kuat gile -.-

Sebelum tu aku nak perkenalkan dulu watak-watak penting dalam cerita ni :

1) Amerusyaffique my veryveryvery best guy on earth
2) Mazlan je . MJ ni veryveryvery best guy fara
3)Tengku ruhaidie . Edy ni budak paling comel dialam semesta mahupun alam xsemesta .

From left : Mazlan je. Amerulsyaffique.Tengku Ruhaidie


ok back to the story.. Actually on the road aku dah berzanji zanji dgn kwn aku nama die wan..nk lepak chukka. So..okay.. aku bgtau amer n the gang aku nak pegi chukka.. and the best part dia ckp
"jumpa kat sana la.."
sebab sek2 ni payoh laa nk ajak lepak situ2..yela sek2 hotstuff gitu, mane nak lepak ngan kite2 yang biase2 ni .. (tetibe) . so kitorang pun ke chukka..and macam biasalahkan.. xkan chukka sahaja..pasti akan ada thai village nye skali.. so..kitorang gerak asing .. die nek keta die..aku nek keta aku..tapi aku park agak jauh skit.. tempat yang gelap.. konon nak candle light  dinner aa ngn fara (pala butoh) .. aku kua thai dalam kul 5 gitu la kan..sebab amer edy ngan lan masuk dalam tu pun main kad..aku xfaham gak sebenarnya diorang ni. Muke comel doh masing2..g la cari mek ke.. ni duk men kad..sokmo ..-.-

Tup tap..

Masa aku start enjin keta.. fara tanya .. "eh ape ni..?"
Berderai kaca atas seat.. aku pun baru perasan.. kereta kena pecah.. ! Dalam hati FUCK OFF siapa punye keje la pukimak sgt ni . Tapi gua rileks.. Dua2 rileks..
Sebab fara xnk buat aku gelabah n aku pun xnak buat fara gelabah . Tu je cerita dia..lau x..mmg masing2 da jerit2 dah.. Bapak horror siaaa..Da la dua2 perempuan.. Amer gerak dah  g UITM makan ..
Aku ngan fara..dua2 rileks..dua2 xjerit..xmintak tlg..xde pape..siap gelak2 lagi.
.abis doo abis dooo... abis duit doo..kad bank doooo..ic doo..lesen dooooowww .
Memang lau ingat2 balik macam celaka perangai..keta kena pecah leh lagi rileks2 ..TAPI TAPI....
lepas amer bbm aku.. n aku bgtau die.. masa diorang datang je.. HAMBEK !
masing2 menangis ! yela..for your info aku ngan fara ni manje gile babis dengan sek2 ni..nampak diorang mcm nampak family sendiri ..tu yg terus menangis xcakap banyak..

Diorang ni memang aku salute habislah.. Serious malam tu aku ke fara ke ..lan ke..amer ke..edy ke sume xrelated to each other pun. Xde pun ckp aku gf kau..ko bf aku .. xde..sume mmg saing2 malam tu..tapi diorang ni punye caring ..aku ingat balik pun aku rase nak menangis .. Tenangkan kitorang..Masa tu hari sabtu malam.. Diorang tolong kitorang sampai hari isnin.

Dari IC, ke lesen.. kad bank..ke pergi balai buat report..sume diorang tolong.. kitorang naik turun UTC sama-sama .. settlekan sume hal..dari simpkad fara yang kena hack oleh orang gila seks..pergi tuka.. pinjam hp edy.. tuka sim nk bukak wechat..sampai purse baru kitorang..sume diorang belikan..siap masukkan duit lagi dalam tu..kereta..diorang tolong hantar g bengkel sampai siap.. Dari 0 ..sampai sume ade balik.. Aku tabik la kat 3 org hero malam tu ! sampai mati aku xlupa jasa korang .

Tapi seriouslah.. 3 hari kat sana..masa settlekan sume hal tu..macam xde masalah pape..padahal diorang pun ade prob jugak pasal kerja..tapi diorang pun chill je gelak2.. kitorang siap leh tgk wayang la..gelak2..suke2.. siap lan main gitar kat fara.. sweet x kak tonnnn.. edy bagi harapan palsu nk tgk kl gangster 2..siap men teka teki ngn edy pasal pintu..sbb edy nk bukak pintu UTC pun EPIC FAILLL . hahaha amer ngan lan duk gelak2 kan kitorang nk amik gambar IC muke xmakeup .. pastu dh dapat IC kena gelak lagi ! cakap pelarian palestin la ape la.. yang best lipstcik kne curi..siap belikan air mirinda merah supaya bibir nampak merah..siap ajar cara kemam air biar kena bibir.. hahahah
siap bagi promotion 1 300 2 500 la.. diorang mmg best sumpah !

Ni pengalaman yang paling aku xleh lupa la seumur hidup. Serious.. amer.. lan..edy.. Korang TERBAIK ! Sayang gile kat korang .




Selasa, 30 April 2013

Learn


I've learn a lot about love pass these days.Been tearing down , look as stupid as ever. Yeah i've been in this situation for few times before . And at least i've learn something this time.I've learn to never fall in love too easy to person who doesnt know how to appreciate. Never to fall for the wrong person . Never hoped too much . Its beyond our control to fall for somebody, but if i did.. i'll make it real .The stupidest thing's i've done in life is to fall for the wrong person again and again . Keep hurting for the same lame reason and again im falling to pieces .If my heart could speak, it would probably cursing at me to make em bleeding this much. How more pathetic i could be ? Is there anyone out there who will look at me directly to my heart and sincerely want to take my hands and make me happy ? Just once.. Neyna supposedly to be someone who really2 strong and go through whatever. Never too weak for love . She will get back up and fight for more. But only this time . She really gaves up .

Isnin, 29 April 2013

Spastik



Aku ade penyakit spastik bersinopsos tidur lambat, bangun pun lambat . Siang aku da jadi malam. Malam da tuka siang .Pahtu bangun2 mesti nak mengadap internet konon2 benjamin tang nak inbox aku good morning siap kisses la gituu.. And the best part, aku xkua uma langsung pun cuti2 ni. Feeling2 snow white gitteww uolls .Biase la, lua tu banyak manusia pelik, aku xleh tahan dengan hipokrasi dunia <---bajetttttttt bajetttttttt--="">

So cerita dia, semalam aku tido lambat, aku pun on la twitter aku. Baca-baca apa yg orang duk keluh kesah pasal kehidupan dialam fana ini. Then aku terbaca seseorang ni tweet pasal cintan cintut die dengan kekasih hati.Oleh sebab aku dah biasa maka aku buat bodoh la.

Akan tetapi, setiap kali aku tgk TL tu setiap kali la muke die duk berjiwang2 diruang sosial tersebut. Aku terasa seperti ingin men-jackk muke beliau dengan kekasih hati beliau dengan amat kuat sekali.

Tak kisah la kau nak sayang2 ngan kekasih kau,tapi agak2 la.. BBM penuh status kau dengan die, Twitter, Fb.. ape lagi? nasib baik wechat xde status yg leh selalu2 tuka,lau x kat situ pun kau nak meroyan ke?

Selasa, 9 April 2013

Rindu


rindunya zaman zaman kitorang masik sekolah2 dulu . Masa tu kita suka buat benda bodoh2 kan.. duduk lepak tengah2 jalanraya sampai pagi2 buta sebab nak mengehendap abang2 baru bawak balik perempuan.  Pergi jogging lepastu buat telemovie pakai gambar. Curi buah duku orang pastu esoknya datang balik mengaku curi sebab rasa serbasalah..  
Haih..cepat betul masa berlalu.. masa ni nak lepak sama mmg susah..sekali dh dapat lepak..macam2 kita plan nak buat.. mmg xsempat lah ..huhu..


Jumaat, 4 Januari 2013

Lifeless


we broke up
but we're cool
we tried
but we failed
we're tired
we gave up.


Isnin, 10 Disember 2012

Berhenti berharap.


Saya dah malas nak berharap ape2..
lau ade..ade lah
lau xde pun saya xnak rasa sedih dah kehilangan
sebenarnya saya hampir giveup
saya seorang mencuba .
sudah sudahlah menyakiti perasaan sendiri .

Selasa, 4 Disember 2012

Getting used

People will talk . They talk whatever they think is interesting . Even if its going to ruins somebody's pride, it wont count . As long as those bullshits are acceptable in society, it will remain spread .

"Everybody has haters "

i remember this words, said by a girl named najuaboltz . She'd been bashed in twitter for some reason that i  dont really know why but yeah she deleted her twitter account after that . Thousand of people hates her just because of a stupid reason. But she keep strong and get back up.Keep existing in social network, back for more. And she live happily even after a tough time that killing her soul. She inspired me a lot .Thanks a lot little unknown girl.. :)

Demam campak


Mula2 aku demam 3-4 hari..ingatkan demam biasa.. bila start tumbuh bintik2.. mula la risau.. nasib baik la ayu told me to check out .. so i went to clinic .. tau2 dapat 6 hari mc terus.. best ! badan berbintik2..naik sampai muka..
sumpah hodoh..tengok muka depan cermin macam nak menangis je rasa.. but well.. itulah lumrah demam campak.. so terima jela..but time2 sakit ni la nampak siapa kawan sebenar.. Siapa yang ada untuk aku time susah aku..yg xgeli nak letak ubat kat badan aku.. kali ni aku tau aku xsalah pilih kawan :)



Isnin, 12 November 2012

Kehidupan


Memandang langit yang biru, aku mulai sedar sesuatu yang aku rasai . Hanya tuhan yang mampu menafsirkan setiap detak jantung aku yang berdegut perlahan . Mereka, membesarkan empayar yang penuh dengan konspirasi . Dimana mereka mencari ruang untuk hinggap disetiap jiwa2 disekeliling aku dan menyemai benih kebencian terhadap diri aku . Semakin hari, benih itu semakin menumbuh dan berbicara dengan keangkuhan .Aku seakan dapat merasa betapa kejinya semua ini . Dimana banyak hati yang dikotori oleh manusia iblis yang memecah belahkan sekalian umat . Aku melihat segalanya berjalan perlahan .Hari demi hari, dia tidak berputus asa . Aku kenal persis siapa dia . Aku tau sikapnya . Aku megerti dendamnya .. sungguh aku tahu apa yang hendak ditunjukkannya . Perbezaan kini jelas ternyata . Aku lihat banyak kawan menjadi lawan . Aku lihat banyak teman menjadi musuh . Aku dapat rasakan satu demi satu pergi . Hanya kerana onar dan buah mulut  mereka yang berjiwa kotor dan dendam . Apalah erti kemaafan dengan tangis jika mereka tidak maksudkannya ? masih mencari setiap cela dan salahku untuk dipamerkan dan diaibkan . Aku kenal persis mereka. Lupakah mereka yang mereka datang dari golongan aku ? pernah bermain, pernah menangis, pernah ketawa denganku dulu? aku kenal semua manusia itu . kenal benar .

Tapi ada sesuatu yang mereka terlepas pandang . sungguh .Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya . Aku ? kalau hendak aku balas semua itu, sudah melepasi paras sangat boleh . Tapi kenapa tidak? kerana aku tidak mahu manjadi golongan mereka. Menyebarkan virus kebencian hanya untuk melihat hidup seseorang yang kita benci merana . Apa yang dapat aku perolehi dari memburukkan mereka? mereka lupa, jika mereka tau semua perilaku buruk aku..aku juga tahu setiap inci perilaku buruk mereka.. kita pernah satu landasan kawan :) .Tapi beza kau dan aku, kau menggunakan itu semua untuk mengaibkan aku.. dan aku menggunakan itu semua untuk hanya disimpan didalam memori aku .Semakin ramai kau tarik untuk membenci aku, semakin ramai kawan aku . Manusia tak bodoh untuk menilai . Siapa kau kawan itu, seharusnya kau lebih berhati2..apa yang pernah aku beritahu semua itu benar . Dan dia? si pemanipulasi cerita telah memutarbelitkan segala fakta untuk nampak suci . Kau perlu sangat berhati2. macamana aku pernah kena.. kau satu hari pasti akan kena dengan dia.. hanpir semua makhluk datas muka bumi ini , dia benci . Termasuk keluarganya pun dia pernah burukkan ..kau harus sedar kawan . oh, aku lupa.. kau bukan lagi kawan aku . orang2 macam kau la yang paling tak layak bergelar kawan. Aku tidak gemar berkawan dengan orang yang tidak tahu mengenang budi . banyak berharaplah semoga tidak ditikam sebagaimana yang aku hadapi :) 

Jumaat, 21 September 2012

Khamis, 20 September 2012

:)

Dear middle finger ,

thanks for standing up for me on my hard times and when i'm speechless.


Isnin, 17 September 2012

Tabah lahai


Aku tak fasih berperasaan . Entah apa aku perlu rasa . Bahagia apa sedih .Maharani jiwa yang dahulunya segala apa. Kini drastiknya berubah . Bagai melihat hutan dilanda agas . Yang hitam dan tak berpenghujung . Cahaya ? tidak lagi berputar bahagia .Dia yang dulu halus menghitung setiap detak jantungku . Yang menadah darah disetiap goresku . Kini menjadi nadi kepada sakitku . Mencari punca pada kesalku . Aku buntu . Adakah dia masih mencintaiku atau hanya mahu memiliki aku ?

Rabu, 11 Julai 2012

The last choice


Being strong enough is just like walking ahead while everybody's going back reverse .
I'ts not that you're putting yourself centered , it is a way to move on
heartbreak after heartbreak
listen to the heartbeat
take care of your own feelings while people take care theirs .
i'm sitting in my comfort level.
Where i can communicate with my heart.
And i know, my heart wont lie.
At least to myself .
I'm strong . I love myself . I have to.



Life goes on



Selasa, 22 Mei 2012

With heart

I've been living in this world for 22 years . There are a lots of upside down that i've been facing on.I found a lots of beautiful things that may giving me bliss . And i'll be thankful for that . But as the grass are green and the roses are red . I can see a lot of thing despite i was in it,i am really wondering why it should happen .

First i saw a guy with same directed minded. I don't say all of them . But majority of them are these type . I am a very observant person . All of the thing's around me will be the things that i look deeply while thinking about it .If there's a sexy picture of a female which was really interesting , something like random talent with beautiful skin, skinny body and big boobs . Wearing something tiny and hot..i don't care if that guy is the committee of mosque or a good nerdy guy .. they will be unite as one particular group .Commenting , liking and talk about it like FOREVER ? .. and i'm kinda feel awkward to read them all. Does the girl which represent the picture feeling anything about it ? Nothing ?? Seriously ??


Jumaat, 18 Mei 2012

Bliss In Blergh



Aku belejar banyak tentang hidup.
Kejap kita ada kat atas. Kejap kita ada kat bawah.
Benda dalam dunia ni kalau kita ikut flow betul2 semua pun boleh handle
tapi kalau semua benda kita nak negative
Susah la nak survive