Rabu, 1 Januari 2014

I found him



Menjengah kembali memori 6 tahun lepas ketika aku berumur 18 tahun.. Aku temukan dia Seorang lelaki  yang aku anggap aneh . Berpakaian tidak seperti lelaki-lelaki yang pernah datang dalam hidup aku . Cara bercakap, cara berfikir , Jelas ! dia seorang makhluk aneh yang kreatif .Sungguh aku sangat jatuh hati pada dia waktu itu. Hari-hari aku menyulam perasaan pada dia.Mendalami dunia kerasnya. Yang bertemankan musik rakus dan tidak bermotif . Dengan abstrak aneh yang dia gambarkan .Aku sendiri kagum dengan cara dia berfikir walaupun kadang-kadang aku tak faham pun apa yang dia cakap, tapi sebab sayang, aku buat2 faham je. layankan orang tua2 kata.. Hingga kini aku xmampu menelaah fikirannya .Cinta belasan tahun yang terindah bagi aku. Namun seperti kebiasaanya.. yang indah haruslah bersifat sementara .

Dia hilang sesuka hati seolah2 menginjak2 hati aku waktu itu.Terasa ingin men-jack muka dia paras 90 dajah lalu aku tersedar , oh .. aku tidak mempunyai cutting body setinggi itu. Lantas aku melupakan hasrat murni itu . Aku terlalu muda dan naive untuk mengerti kenapa aku ditinggalkan.Tapi aku tak pernah membenci dia. Walaupun meronta2 hati dengan perasaan ingin tahu , namun aku buat2 macho kerana sememangnya aku seorang gadis yang macho hensem dan kacak waktu itu.  Entah kenapa, walaupun dia pergi tanpa pesan, aku yakin dia pasti ada alasan dia tersendiri . Dan kisah kami terhenti disitu, berlarutan sehingga 5 tahun lamanya .

Kami behubung semula dalam keadaan dia berpunya dan aku berpunya. Tidak berkesempatan untuk lebih mengeratkan hubungan yang sekian lama terlerai.Maklumlah, kami ni setia orangnya (sila muntah) Kami pun tak pernah menyimpan hasrat untuk kembali (lah sangat). Kerana bagi aku dia cuma sebahagian dari masa lampau dan dia juga begitu.Namun sesiapa pun yang bersama aku, akan mengalami masalah mental tahap kronik kerana sejujurnya aku selalu menyebut2 nama dia . Cerita kami, bagaimana kami bercinta. Aku kerap throwback segala kenangan kami. Kerana aku masih tak mampu hadam kenapa aku dan dia perlu berpisah . Tak logik langsung berpisah dalam keadaan yang tak bermasalah apa-apa .Sehinggalah satu hati aku ditegur oleh girlfriend dia pada waktu itu.. yang seolah feeling2 jealous tentang kami. Sungguh aku rasa mahu meng-flying kick darjah rendah terhadap dia kerana bagi aku apekah masalah rumahtangga beliau yang tak settle tetibe nak libatkan gua yang suci murni tak tahu apa apa ini kedalam masalah itu?  namun kerana aku baik hati dan sopan santun berbudi bahasa, aku padamkan hasrat itu lalu aku menjawab dengan elok supaya tidak nampak ke-taiko-an aku disitu  Dalam hati aku melonjak2 suka oh mamat tu ingat aku lagi rupanya ! fuh fuhhh... setelah beberapa tahun berlalu ..terer nye aku menggunakan saka saka aku untuk mengunci dia . kau percaya aku sepak muka kau !

Dan akhirnya dia putus dengan kekasihnya tersebut (yayerrss) dan aku juga putus dengan ex bf aku itu . Lalu setelah habis internship, aku yang rajin lagi budiman ini selalu lah mengajak rakan taulan berjumpa dan menghabiskan masa berkualiti dengan berjalan jalan tanpa menggunakan alternatif sampah seperti minum arak ataupun mengambil dadah merbahaya .Namun pada suatu hari nan indah, burung-burung berkicauan dan angin bertiup sepoi2 bahasa (cam tak perlu je ) .. aku telah pun men-scroll semua contact dalam phone aku untuk mengajak mereka melepak-lepak. Dan aku amatlah terkejut apabila melihat masih ada nama dia didalam contact aku sedangkan setahu aku, aku dah delete dah no die sewaktu aku acah-acah setia dengan bf lama ku dulu.Lalu last seen dia dalam media sosial yang bertajuk "whatssap" pula waktu itu adalah today at 11.42 am dan waktu aku terjumpa contact dia adalah waktu 12.05.. maka dengan ini aku berkonklusi dia aktif dalam whatssap .Aku pun kengkonon ramah menegur dia. Aku bajet2 die ada di kl, masih berkerja disana .. namun terpesong sangkaan aku apabila aku mendapat tahu bahawa dia telah berpindah semula ke JB dan berkerja disini. Dan yang lebih thrill, dia ajak aku melepak hari itu. Dan kami pun berjumpa untuk kesekian kalinya setelah beberapa tahun terpisah. 

Menatap mukanya untuk sekian lamanya membuatkan aku terfikir, inilah lelaki yang dulu aku sayang tahap anjeli sayang rahul dalam kuch kuch hota hai .Dia betul2 berada depan aku, berbual dengan aku, cara percakapannya masih sama, gayanya ada sedikit berubah, namun kepelikkan dia ketara masih kekal .Kami berbual kosong, gelak. Dan terimbas sedikit kenangan lama. Menyulam rasa yang lama kami tinggalkan . Dalam hati aku masih terdetik, mungkin sekali lagi aku akan ditinggalkan ? siapa tahu ? namun dia tenang . Berbahasakan perasaan dia dengan nada rendah . Tenang dan amat meyakinkan . Dalam beberapa hari selepas itu, dia ada bertanya jika aku mahu kami kembali seperti dahulu . Tapi malam itu aku cuma menjawab, kita tunggu dan lihat jela.. ikut rentak.. jangan tergesa-gesa.. dia pun setuju dan kami capai kata sepakat.perbualan kami berakhir pada 3 pagi.

4 pagi lebih.. dia kemalangan ! sungguh kemalangan itu teruk. aku cuma tahu keesokkan harinya setelah kakak dia sendiri telefon aku beritahu. Aku tak terkata apa, hati aku risau ! tak tenang. Jiwa aku terasa kosong. Aku sampai sanggup bergaduh dengan manager aku yang racist nak mati sebab tak faham bahasa aku nak pergi hospital cepat . Aku quit kerja untuk dia keesokkan harinya. Hanya untuk jaga die di hospital. Tak pernah aku berkorban sebesar itu untuk seseorang . Melihat dia dalam keadaan sakit dan memerlukan, aku tak mampu. Setiap detik aku menahan perasaan daripada menitiskan airmata . Aku ni nampak je macam ganas dalam hati aku ada 1 taman yang dipenuhi bunga2 cinta kaler pink pink babi . Aku jaga dia penuh rasa sayang. Sungguh aku memang sayangkan dia .

Ada beberapa perkara terjadi di hospital . Aku kurang gemar membuka  cerita yang kurang elok didengar tentang orang yang aku sayang jadi aku simpan itu untuk kenangan aku dan dia . Semoga dia sedar dan tidak mengulangi apa yang terjadi dihospital tempohari (ini amaran ok brader ) . Dia sekarang sudah mula berubah. Menjadi lelaki normal. Namun adakalanya dia telalu emosi dengan diri sendiri. Terbawa2 dengan perasaan negative yang mungkin menghantui dia. Aku tak salahkan dia.. Trauma mungkin . Namun cukuplah aku katakan, aku dan dia kini sedang menuju ke 1 destinasi . 1 tempat yang mungkin tak semua orang faham tujuan kami . Biarlah aku dan dia sahaja yang tahu .




Dia, lelaki yang dulu pernah menjadi penting , dan akan selalu menjadi penting untuk aku.
Dia adalah AKHMAL HAKIM ABU KASSIM . Lelaki yang ada untuk aku sekarang dalam susah senang aku.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan